Kuliyah Online: Isu-Isu Semasa di Tanah Air

27/04/2011 Leave a comment

ISMA NZ mengajak rakan-rakan untuk menyertai kuliyah online kami ini yang akan membincangkan isu-isu semasa di tanah air. Kuliyah akan disampaikan oleh Encik Aminuddin Yahaya, Timbalan President Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA yang merangkumi topik-topik seperti politik, islam dan ekonomi.

Medium penyampaian adalah menggunakan paltalk melalui room bilikKiwi. Anda boleh install software paltalk ini ataupun (cara yang lebih mudah) a…nda guna Paltalk Express untuk bilikKiwi (tidak perlu install) dengan menekan link dibawah:

http://express.paltalk.com/index.html?gid=1380027808

Pastikan anda mempunyai akaun paltalk bagi membolehkan anda menyertai kami pada 29 April ini. Beberapa perkara penting untuk diambil perhatian:

– Untuk menggunakan Paltalk Express, pastikan anda telah update flash player browser anda. – Jika anda tidak boleh login/masuk ke dalam Paltalk Express bilikKiwi, cuba beberapa kali.
– Anda memerlukan kelajuan internet yang mengagumkan untuk mendapat kualiti dan persembahan yang terbaik.
– Adalah digalakkan untuk berkumpul di satu tempat (jika boleh) bagi menguragkan beban server (ajak rakan-rakan dan kumpul bersama).
– Jika mempunyai sebarang masalah teknikal, hubungi wakil Unit Media ISMA, Shariful Fadzli melalui Skype (shoradhi) ataupun YM (shoradhi).

Jumpa anda di bilikKiwi Jumaat nanti. InsyaAllah.

IsmaNZ Christchurch

Categories: Uncategorized

Usaha membetulkan diri

16/04/2011 Leave a comment

Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.

المشارطة

Musyarathah: Kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu di antara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.

المراقبة

Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan, kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.

المحاسبة

Muhasabah: Kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.

Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.

Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan agendanya yang teratur, bagi ilmuan masa kini dikenali sebagai perancangan, bagi ilmuan terdahulu disebut sebagai al-Musyaratah.

Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini: “Akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapan yang telah digariskan, diletakkan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pegangan di dalam melalui jalan itu”.

Ustaz Mahyudin bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan
ISMA Johor

Categories: Uncategorized

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat hajat Perdana

13/03/2011 Leave a comment
Bismillahirrahmanirrahim

“ Sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang?”[Al-Mulk:16]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..

Kepada seluruh warga Christchurch;

Apa khabar iman dan amal? Tahukah anda syukur itu lebih tinggi dari sabar? Seringkali kita mengeluh dengan pelbagai perancangan yang telah tertulis di Lauh Mahfuz tanpa kita sedar perkara itu adalah yang terbaik untuk kita. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan gempa bumi 6.3 skala ritcher, gegaran gegaran susulan yang meresahkan, persediaan mental yang rapuh dan ujian ujian lain yang benar benar menguji setiap hamba yang bernafas di bumi Christchurch ini…

InshaAllah untuk memantapkan lagi persiapan rohani kita dan pergantungan kita pada Allah, semua warga Muslim Christchurch dijemput hadir ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin.

Butir-butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tema: Baju Kurung (Sisters) , Baju Melayu ( Brothers )
Tempat: 5/13 Newnham Tce ( Sisters) , 2/23 Newnham Tce (Brothers)
Tarikh: 14 Mac 2011
Masa: 8:00 malam hingga Isyak

Reminder: Sila bawa Surah Yaasin dan POTLUCK sangat dialu-alukan.

Jumpa di sana!

*** Tolong invite rakan2 undergrad yg lain yg tiada dalam senarai guests**

Categories: Uncategorized

Assalamualaikum wbt

07/03/2011 1 comment

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.